aku bosan dengan permainan politik sekarang..dah naik menyampah dah..entah apa-apa la agaknye kerajaan memerintah la ni..penuh dengan tipu muslihat dan pelbagai lagi sifat-sifat yang menunjukkan kebodohan diri..
Inilah yang terjadi apabila sesebuah kerajaan itu terlalu lama memerintah sesebuah negara..Belum ada lagi sejarah dunia terdahulu yang menunjukkan sesebuah negara itu menjadi semakin kuat,gah,maju apabila diperintah oleh satu kerajaan untuk jangka masa yang lama..
semua tamadun-tamadun besar dunia jatuh,tumbang apabila diterajui terlalu lama oleh sesuatu pihak..berapa banyak Dinasti yang wujud di China?. Berapa bnyk pula tamadun Islam yang tumbang juga?..Ini semua membuktikan tiada sistem pemerintahan yang boleh bertahan selama-lamanya.Inilah yng mungkin berlaku di Malaysia..Terlalu lama UMNO memerintah negara ini daripada pemimpin-pemimpin terdahulu yang memimpin atas dasar perjuangan bangsa sehingga la ke membangsatkan bangsa..
Apabila tampuk pemerintahan dipegang terlalu lama oleh sesuatu pihak, ini mendatangkan seribu kejelekan dan mengundang seribu keburukan dan keboborokan ats sifat manusia kita yang tamak..Cuba kita survey,,berapa kerat ke annggota pemerintah yang tidak mempunyai kaitan dengan sesebuah organisasi syrikat di negara kita ini. Kebanyakan drpd mereka mesti mempunyai saham ataupun menjadi lembaga pengarah sesebuah syarikat. ini lah yang terjadi apabila sesebuah parti itu memerintah terlalu lama.
Perkara yang paling burruk dan mengundang seribu bencana ialah apabila parti memerintah mempunyai kuasa terhadap ketiga-tiga badan iaitu legislatif, eksekutif dan kehakiman. Seperti yang diketahui umum ketiga-tiga badan ini tidak terikat antara satu sama lain dimana legislatif adalah badan perundangan yang menggubal sesuatu perundangan, eksekutif pula hanya berperanan sebagai pelaksana dan kehakiman melaksanakan undang-undang dan badan ini amatlah penting untuk bersifat neutral dengan tidak memihak kepada mana-mana pihak. .Definisi ini bukanlah deinisi sebenar tetapi menggambarkan peranan badan itu.
Tetapi apabila sesebuah parti itu memerintah kerajaan, ketiga-tiga fungsi ini menjadi tunggang langgang dimana kita dapat lihat badan eksekutif menjadi lebih berkuasa drpd kedu-dua bdn dengan badan kehakiman seperti bekerja dibawah eksekutif. Ini kita dapat lihat dengan jelas daripada senario politik semasa di MAlaysia.
oleh itu sebagai rakyat yang menyayangi negara nya sendiri hendaklah pandai memilih parti pemerintah kerana kesan undi anda amat besar impaknya. Contohilah negara-negara maju dimana pemimpin mereka saling bertukar dan ini sebenarnya memberi kesan positif kepada sesebuah negara. Jangan termakan dengan tipu daya UMNO yang mengatakan kalau sesebuah parti memerintah itu asyik bertukar akan mendatangkan keburukan dimana setiap kemajuan dan perjalanan kerajaan itu terbantut..
Ini adalah tidak tepat kerana organisasi kerajaan itu tidak berubah.YAng berubah itu parti memerintah..Jangan anda tersilap dengan definisi kerajaan dan parti pemerintah..Umno Bukan Kerajaan kerana kerajaan terdiri daripada semua ahli parlimen ayng memenangi pilihanraya tidak kira pembangkang atau tidak.Cuuma senario di malaysia ini agak spastik dimana di dalam dewan sentiasa usul dr parti memerintah tidak mendapat tentangan daripada pihak mereka walaupun usul itu tidak disenangi oleh kebanyakan pihak. Sedangkan sebenarnya di dalam dewan yang mulia ini, semua wakil akan menjadi wakil kepada rakyat dan memikirkan setiap usul itu mendatangkan faedah atau tidak.Bukan berlandaskan Parti mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
yg penting kite berjuang untuk agama mu...
ReplyDeleteto:PR people..
stakat baca quran PUTRI tau baca
linknye:
http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/04/penghormatan-yang-di-beri-penghinaan.html
setju! UMNO bukan kerajaan. dan kerajaan yg lama memerintah bukan satu petanda yg baik..
ReplyDeletecara terbaik utk UMNO dan BN reform ialah menjadi pembangkang..